BUAH PINGGANG VITAMIN & SHAKLEE

10 Tabiat Yang Merosakkan Buah Pinggang

Di Malaysia, terdapat pertambahan sebanyak 5000-6000 pesakit buah pinggang dilaporkan setiap tahun dengan kira-kira 58% daripadanya adalah berpunca daripada penyakit diabetes atau kencing manis.

Lebih membimbangkan, 15% berusia berusia di bawah 18 tahun dan 20% adalah di kalangan orang muda bawah 30 tahun. Maksudnya, 45% daripada pesakit buah pinggang berusia di bawah usia 30 tahun.

Buah pinggang berfungsi untuk mengekstrak bahan buangan daripada darah, mengimbangi cecair dalam badan, menghasilkan air kencing dan membantu fungsi badan yang lain.

Setiap hari, tubuh manusia menapis sehingga 140 liter lebihan cecair, air kencing dan bahan buangan. Ini bertujuan untuk mengelakkan pengumpulan bahan buangan di dalam badan. Antara fungsi lain buah pinggang adalah:

  • Mengekalkan tahap elektrolit dalam badan
  • Menghasilkan hormon yang mengawal tekanan darah
  • Menghasilkan sel darah merah
  • Mengekalkan kekuatan tulang

Jadi sangat penting untuk pastikan buah pinggang dalam keadaan baik dan sihat. Kita juga perlu ambil langkah berjaga-jaga untuk elak kerosakan buah pinggang.

Berikut adalah 10 tabiat yang boleh merosakkan buah pinggang di mana sekiranya dilakukan berterusan, boleh menyebabkan kerosakan yang serius pada buah pinggang.

10 Tabiat Yang Merosakkan Buah Pinggang

 

1. Kurang minum air

Tugas terpenting buah pinggang adalah membuang toksin dan bahan buangan. Jika kita tidak minum air secukupnya, bahan buangan dan toksin akan berkumpul di dalam badan. Ini akan menyebabkan kerosakan yang teruk kepada badan sekiranya dibiarkan berterusan.

2. Pengambilan garam berlebihan

Untuk berfungsi dengan baik, badan kita turut memerlukan natrium (garam). Namun natrium yang berlebihan boleh menyebabkan kemudaratan, termasuk boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Mereka yang mengambil jumlah garam berlebihan akan menyebabkan tekanan kepada buah pinggang.

3. Pengambilan gula berlebihan

Kajian telah membuktikan bahawa mereka yang mengambil 3 atau lebih minuman bergula sehari lebih terdedah menyebabkan protein bocor ke dalam air kencing (nefrotik). Jika protein dikesan di dalam air kencing, ia merupakan petanda awal buah pinggang anda tidak berfungsi dengan baik.

4. Kerapkali tahan kencing

Perbuatan menahan air kencing sebenarnya memudaratkan kerana ia memberikan tekanan kepada buah pinggang. Apabila hendak kencing, jangan tunggu ya.

5. Kekurangan vitamin dan mineral

Makan makanan yang sihat amat pentng untuk badan kita, termasuk untuk kesihatan buah pinggang. Terdapat kekurangan nutrisi yang boleh menyumbang kepada penyakit batu karang dan kegagalan buah pinggang, seperti magnesium dan vitamin B6.

6. Minum kopi terlalu banyak

Pengambilan kafein dapat memberikan tekanan tambahan kepada buah pinggang dan pada masa yang sama meningkatkan tekanan darah. Jika terlalu banyak minum kopi, lama-kelamaan boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang.

7. Pengambilan protein haiwan berlebihan

Pengambilan terlalu banyak protein haiwan seperti daging boleh menambah beban metabolik pada buah pinggang. Semakin banyak protein haiwan diambil, semakin kuat buah pinggang perlu bekerja. Ia akan menyebabkan tekanan kepada buah pinggang lalu menyebabkan kerosakan.

Makan lebih protein jejaskan buah pinggang

8. Kurang tidur

Kekurangan tidur yang kronik sering dikaitkan dengan masalah kesihatan. Semasa tidur, badan kita bekerja membaiki tisu buah pinggang yang kemungkinan rosak. Apabila kurang tidur, buah pinggang kita sukar untuk sembuh.

9. Penyalahgunaan ubat

Ubat yang dipreskripsi selalu diambil untuk menahan sakit sebenarnya tidak baik untuk buah pinggang, terutama jika anda mengambilnya tanpa pengawasan doktor. Selain merosakkan buah pinggang, ia juga merosakkan hati.

10. Minum alkohol terlalu banyak

Jika anda minum alkohol 3-4 gelas selama beberapa hari seminggu ia akan meningkatkan risiko kerosakan pada buah pinggang kerana alkohol memberikan tekanan kepada hati dan buah pinggang.

Selain mengetahui apakah tabiat yang lazim dilakukan yang memudaratkan buah pinggang, ayuh ketahui apakah tips untuk melindungi buah pinggang kita.

7 Tips Melindungi Buah Pinggang

1. Lakukan ujian saringan

Faktor risiko penyakit buah pinggang adalah tekanan darah tinggi, diabetes atau kencing manis dan juga penyakit jantung. Jika anda mengetahui tahap kesihatan anda, anda tentu dapat menjaga kesihatan buah pinggang anda

2. Makan dengan seimbang

Buah pinggang sihat disebabkan pemakanan dan diet yang sihat.

3. Kurangkan garam dalam diet anda

Kurangkan makanan tinggi lemak tepu dan kolesterol seperti makanan bergoreng, keju dan lain-lain. Lebihkan makanan yang kaya dengan omega 3, buah buahan dan sayuran segar.

4. Tingkatkan aktiviti fizikal

Aktiviti fizikal memberikan banyak manfaat kesihatan termasuk mengurangkan tekanan darah, meningkatkan kekuatan otot, menurunkan kadar lemak dalam darah, meningkatkan kualiti tidur, meningkatkan sensitiviti insulin dan mengawal berat badan.

5. Kurangkan tahap kolesterol

Tahap lemak tinggi seperti kolesterol meningkatkan risiko anda mendapat penyakit jantung, saluran darah tersumbat dan turut menjejaskan buah pinggang.

6. Menjaga tekanan darah

Ikuti rawatan tekanan darah anda dengan teliti.

 

Saringan kesihatan dapat menentukan tahap kesihatan anda

7. Mengawal tahap gula dalam darah

Tahap gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan kerosakan kepada mata, saraf, jantung, saluran darah, dan buah pinggang. Kawalan yang baik terhadap gula dalam darah dan tindakan pengurusan diri yang lain boleh membantu memperlahan atau menghalang kerosakan ini daripada berlaku.

8. Berhenti Merokok

Merokok menyebabkan pengerasan arteri yang menyebabkan kedua-dua penyakit koronari arteri dan nephrosclerosis, atau pengerasan buah pinggang disebabkan oleh penyakit saluran darah di dalamnya. Merokok juga merupakan faktor risiko untuk tekanan darah tinggi yang boleh menyebabkan kedua-dua jantung dan penyakit buah pinggang.

9. Mengambil vitamin tambahan untuk kesihatan buah pinggang

Amalkan pengambilan beberapa suplemen / vitamin untuk kesihatan buah pinggang. Antaranya

    • Vitamin C: Vitamin C menyokong buah pinggang dan membantu menjaga mereka daripada batu karang, terutamanya batu urate yang terbentuk akibat asid urik.
    • Vitamin B: Penambahan suplemen vitamin B dalam diet anda, adalah penting untuk mencegah batu karang. Kekurangan B6 telah terbukti menyumbang kepada pembentukan batu karang.
    • Asid amino (protein): Asid amino iaitu L-Carnitine diperlukan untuk membantu menukarkan lemak (pada hati dan buah pinggang) kepada tenaga. L-Cartnitine juga dihasilkan oleh buah pinggang, sekiranya bekalan L-Carnitine tidak mencukupi, ia dapat memudaratkan buah pinggang.

 

  • Vitamin D: Membantu mengawal fungsi buah pinggang dan dan turut berperanan merawat penyakit buah pinggang. Menurut kajian yang diterbitkan pada tahun 2011, pengambilan Vitamin D membantu mengurangkan tanda penyakit buah pinggang kronik (CKD). Vitamin D juga membantu mencegah kematian sel buah pinggang.
  • Kalsium dan Potasium: Sel dalam buah pinggang bergantung kepada kalsium dan potasium untuk membantu penapisan darah menurut artikel yang diterbitkan pada tahun 2004 dalam Jurnal of American Society of Nephrology.

Penutup

Kadang-kadang kita tanpa sedar sebenarnya ada tabiat harian kita yang menyebabkan buah pinggang kita merosot sedikit demi sedikit setiap hari. Bila sudah tahu, harapnya bolehlah elakkan tabiat sebegini. Selain itu anda juga boleh dapatkan suplemen semulajadi untuk melindungi buah pinggang anda.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

 

6,000 Pesakit Buah Pinggang Baharu Setiap Tahun misi shima com
Perlukan khidmat nasihat berkaitan buah pinggang?
Nak vitamin semulajadi yang selamat dan terbukti berkesan?

Hubungi Shima ye, Shima bantu buat pemilihan yang terbaik dan sesuai.

Terima kasih =)

Shima | Haemodialysis Specialist since 2006
Whatsapp/Telegram | 016-3010789
Facebook | www.facebook.com/shahima.sharafaddin

About the author

Shima

Shima

Leave a Comment