STATUS UPDATES

BIRTHDAY PARTY 8th YEARS

Birthday Allysha dah lepas.

30 Januari 2018

Papa mama buat surprise party kakak kat sekolah di ruang AYG DU:AT

First time ruang AYG buat birthday party. Semua daie seronok, excited!

Then semalam ada lagi birthday party. Kawan sekelas kakak namanya Insyirah. Daie comel ni yang mintak ibu dia sambut kat sekolah jugak macam party Allysha katanya. 😅

Harini ada lagi birthday kawan sekelas kakak. Namanya Iman.

Huntunglaa budak2 sekarang dapat hadiah dari kawan2. Mama layankan jelaa Allysha mintak belikan hadiah. Mama beli je kat kedai RM2, gift box comel tu mama buat sendiri. Jimat. Rinduu pulak dah lama tak kreatifkan diri. 😍

Balik sekolah nanti kakak mintak mama ajar buat gift box. Nanti boleh jual katanya✌

Sebelum ni kakak dah berjaya jual buku comel. Ada yang bayar, ada yang mintak free. Jual box nanti tak tau laaa cemana gayanya.

Takpelaa demi minat anak2 dari kecik ni lagi la kita kena asah bakat dia. Kakak cakap cita2 dia nak jadi BISNESWOMEN.💕

Hamboiii macam nak mengalahkan mama je yang baru berjinak2 dalam biznes. Takpe.. kakak lah idola mama, sumber inspirasi mama untuk mama lebih berjaya dunia akhirat. Semoga kakak pun berjaya menjadi jutawan dermawan yang humble dan baik budi pekerti. Insya Allah.. Aamiin.

#StoryAllysha

#bizwithAMG

About the author

Shima

Shima

Leave a Comment