DIALISIS STATUS UPDATES

Meeting Persatuan Pesakit Dialisis

Kisah masa meeting Persatuan Pesakit Dialisis Telok Panglima Garang semalam tak habis2 kitorang  duk bincang2 lagi hari ni.

MisiShima & husband join persatuan ni jadi ahli bersekutu. Bendahara persatuan ni pun dah lama lantik Shima jadi ceti tukang kutip yuran persatuan.

Paling hangat dibahaskan pasal isu masa rawatan 4 jam! 😳

1. Ada pesakit yang request awal2 nak buat 3 jam setengah.

2. Ada pesakit yang buat 4 jam tapi lagi 10 minit dah tutup awal atas sebab2 tertentu.

3. Ada pesakit yang memang tetap nak habiskan 4 jam juga walaupun bp dah rendah, telinga dah berdengung, kaki dah nak cramp, kepala dah pusing.

Ini tanda2 pesakit dah kekeringan air dalam badan! Kalau diteruskan juga, paling teruk pesakit boleh pitam. Dan kesan jangka lama fistulanya boleh mati!!
.
.
Ada sebab kami misi terpaksa habiskan rawatan awal kurang dari 4 jam. Semuanya mengikut atas pemerhatian misi pada setiap badan pesakit. Masing2 tak sama.

Tapi pekerjaan misi kat sini disalahertikan oleh pesakit yang terlalu strict. Kami dituduh memotong masa rawatan pesakit gara2 nak balik keje cepat! Huhuuu bertabahlaa 😅😅

Seronok juga ada macam2 peel yang terpaksa kami hadap. Paling best bila kami misi akhirnya berjaya melembutkan pesakit lelaki ni yang selalu datang dalam keadaan marah dan selalu nak cari gaduh. 😜

Apapun nawaitu kerja kena betul. Kerja juga adalah ibadah. Bila kita kerja kerana Allah, Insya Allah kerja kita dipermudahkan dan dilimpahkan rezeki yang berkat dan selamat.

Apa yang lebih penting, nyawa keselamatan pesakit adalah tanggungjawab kami untuk pastikan pesakit  END LIFE ni dapat teruskan hidup dengan lebih bermakna.

Semoga Allah sentiasa merahmati dan berkati hidup insan2 yang dipilih Allah ini. Aamiin ❤

#loveknowsnoboundaries

Leave a Comment