DIALISIS STATUS UPDATES

SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA

Shima
Written by Shima

Sudah Jatuh Ditimpa Tangga

pesakit dialisis sudah jatuh ditimpa tangga misi shima com

 

Harini misiShima masuk keje shif petang menyambut kedatangan pesakit shif kedua.

Pesakit shif ni ramai yang kurang upaya untuk berjalan dengan sendirinya. Ada yang disorong kerusi roda, ada yang kena pimpin.Kami misi sentiasa cuba sedaya upaya kami untuk membantu pesakit ni buat rawatan cuci darah dengan selesa.

Tapiiii…

Tibanya sorang makcik ni disorong kerusi roda oleh anaknya seperti biasa, tiba-tiba mengadu tangan kanan beliau sakit yang amat, bengkak dan kemerahan. Beliau cerita tangannya ditarik kuat oleh doktor semasa beliau check up kat hospital. Sehingga mengeluarkan bunyi ‘krakkk’ dari tangannya.

Bila misiShima tanya, doktor tu tak perasan ke? Makcik tak bagitau doktor ke? Doktor tak buat apa-apa ke?

Makcik ni perasan tangannya sakit dan bengkak bila dah  balik ke rumah. Agaknya masa check up ngan doktor, makcik ni memang banyak tempat rasa sakit-sakit pada badan. Hinggakan tak perasan tangan kanannya baru sakit mungkin dah retak tulang radius atau ulna beliau!

Allahuuu… kesiannnn sangat nasib makcik ni.

Sudahlah tangan dialisis beliau baru je sembuh dari penyakit kulit yang misteri!

Kini tangan sebelah lagi tak dapat nak gerak untuk suap makan sendiri.

Banyakkk sangat kes-kes masalah kesihatan lain setelah pesakit sini disahkan mengalami kegagalan buah pinggang.

 

#MisiShima
Dialysis Specialist Nurse | Blogger
#StoryPesakitDialisis

#CegahSebelumParah

About the author

Shima

Shima

Leave a Comment